Wednesday, December 3, 2014

BUAT SI DIA

Buat sidia .... Sekiranya dirimu jua resah menanti kehadiranku, maka berdoalah kepada ALLAH dan mintalah kepadaNYA kerana aku ini insan yang hina dan ALLAH adalah pemillik nyawaku... memohonlah pada DIA yang lebih berhak 

sekiranya dirimu juga mencari siapa diriku maka muhasabahlah dirimu.. Mengapa ALLAH swt tidak mempertemukan kita lagi... adakah kerana kita masih belum cukup? Ataupun diriku dan dirimu masih punya tanggungjawab yang belum selesai dalam perjuangan dakwah?

ekiranya dirimu masih bertanya siapa diriku, maka mohonlah petunjuk dari ALLAH swt... adakah benar diriku adalah pilihanmu kerana ALLAH atau kerana penyakit cinta dunia semata mata? Sekiranya kau menginginkan kecantikan, ketahuilah bahawa jika dirimu benar benar cintakan ALLAH, kau akan meyakini bahawa segala ciptaan ALLAH itu cantik, sekiranya dirimu ingin keturunan yang baik, ketahuilah bahawa iman itu tidap dapat diwarisi, sekiranya dirimu inginkan yang berharta ketahuilah harta itu sedikit sebanyak akan merencat perjuangan dakwahmu namun jika kau ingin yang beragama, persiapkanlah dirimu terlebih dahulu kerana kaulah yang bakal menjadi imam buat baitul muslim mu sekiranya dirimu masih mengharap kehadiranku, serahkanlah hatimu kepada ALLAH swt, nescaya akan diberikan pemilik terbaik....kerana yakinlah ALLAH itu adil. Jika yang kau cari kesempurnaan, maka carilah kesempurnaan itu di sisi ALLAH, kerana dirimu itu pasti mendapat jawapannnya.. Milikilah hatiku dengan izin ALLAH, milikilah cintaku keranaNYA, miliki diriku kerana agamaNYA dan milikilah jiwaku keranaNYA. 


 SEKIRANYA DIRIMU TELAH BERSIAP-SIAP..MAKA MILIKI DIRIKU..HANYA KERANA ALLAH..



LAYAKKAH

Bismillahirahmanirahim Uhh.... mendapat teguran dari sahabiyah sahabiyah ku tercinta tentang kekurangan diriku untuk bertinta di teratak kesayanganku ini. Sesungguhnya aku mengakui bahawa momentum untuk menulis sudah tidak seperti dulu. Malahan setiap kali bersedia di depan cik laptop kesayanganku, otak ku seakan akan beku untuk menarikan jejari ku di papan keyboard. Benarlah janji ALLAH bahawa seorang daieyah itu akan sentiasa di uji dengan kata katanya sendiri. Jika dulu di kampus, diriku inilah yang berapi rapi mengajak cermin ajaibku untuk berblog sebagai salah satu wadah perjuangan dakwah islamiyah. Namun kini diriku pula yang kelihatan agak malap dan sudah tidak lagi mampu menjadi mentol yang dapat menerangi hati hati pengunjung teratak kesayanganku ini. SubhanALLAH... sebenarnya terlalu banyak cerita indah untuk dikongsikan bersama sahabiyah sekalian. Namun diriku ini hanya insan biasa, hanya penulis biasa. Dipohon seribu kemaafan andai artikel ku hanya lebih berkisar berkenaan diriku sahaja. Namun, biarlah kisah ku ini dapat dijadikan ibrah dalam mencari cinta hakiki yang sebenar. 

Hati... mengapa hati itu selalu berbolak balik. Adakah kerana hati itu sentiasa dimanjai? Adakah hati itu kurangnya makanan tarbiyah? Adakah hati itu dihuni oleh makhluk hina lain selain DIA YANG MAHA BERKUASA? 

Coretan ku ini tidak ku tujukan untuk sesiapa sebaliknya khas ku titipkan buat diriku ini. Kadang kadang bagiku aku terlalu cepat menilai seseorang hanya kerana dari cara berpakaian atau pekerjaannya atau keluarganya, sedangkan ALLAH SWT itu MAHA MENGETAHUI. Serahkanlah segala urusan hanya kepadaNYA. Nescaya hati akan lebih tenteram. Betapa sukarnya untuk menggapai gelaran solehah, namun itu ada impian setiap muslimah. Sesungguh diri ku ini bukan srikandi solehah, jika nilaian manusia adalah melalui cara ku berpakaian Kadangkala cara ku berpakaian ini tidak menggambarkan akhlakku. Tahukah kalian bahawa di kala aku bersendirian, aku juga terkadang lupa untuk mengingatiNYA. Kadangkala daku berasa tidak layak untuk berpakaian sebegini kerana takut akan didakwa oleh pakaian ku sendiri di akhirat nanti kerana tiada niatku semata mata kerana ALLAH dalam hatiku. Cuma aku meyakini setiap yang ALLAH syariatkan pasti ada hikmahnya. Betapa ALLAH amat menyayangi kaum wanita sehingga kita seperti minyak yang ditatang sepenuhnya. Bersyukurlah menjadi wanita muslimah

Aku bukan srikandi solehah, jika nilaian kalian pada kata kataku melalui muka buku atau teratak kesayanganku Tahukah kalian bahawa kadang kalanya aku juga berasa riak setiap kali kalian mengkagumi bait bait yang ku hamburkan. Ah.. betapa gusarnya diriku apabila mengingat pesanan Kekasih yang dirindui Muhammad SAW berkaitan dengan insan yang hanya berkata kata tetapi tidak melaksanakannya apa yang dikatakan iaitu dia akan ditimpakan seksaan yang amatlah berat di hari pembalasan. Diakui juga bahawa setiap kata kata terinspirasi dari ALLAH SWT namun ingatlah seperti yang kukatakan sebelum ini, segala galanya hanya pinjaman. Betapa takutnya diriku apabila tiba saat dan tikanya TUAN sebenar meminta kembali barang yang dipinjamkan, apa yang ada pada diriku? Kerana sesungguhnya DIA adalah pemilik diriku, tidak aku berupaya untuk mengembalikan sesuatu kepadaNYA.

Aku bukan srikandi solehah, jika nilaian kalian pada kelembutan atau keindahan sebagai seorang wanita Tahukah kalian bahawa sememangnya ALLAH menciptakan wanita itu seindah indahnya. Apatahlagi wanita adalah makhluk kesayanganNYA. Cumanya, kelembutan dan keindahan wanita itu bisa menjadi fitnah. Sesungguhnya diriku ini insan yang sentiasa turun naik imannya dan tidak cekap menjaga hati. Yang kudambakan agar ALLAH SWT sentiasa membimbing diriku dan tidak memalingkan hatiku. Sememangnya seorang wanita secara fitrahnya itu mendamba untuk menjadi yang cantik dan indah. Sebaiknya biarlah indah itu kerana agamanya dan cantik itu kerana taqwanya. Dan yang paling penting, cantik di manusia itu tiada ertinya jika tidak cantik di sisi ALLAH SWT.

Tuesday, September 16, 2014

Duhai Hati

HATI REMAJA , BIASALAH.

Assalamualaikum, penduduk kampungggg.*gaya ala2 James Bond masuk kampung..



Gua dah jatuh hati dengan Pencetus Ummah pujaan hati manusia... cehh * melting.. i don't care people say he is " tak hensem "or whatsoever. *ada aku kesahh? haha

Aku bukannya apa, just terpikat dengan akhlaknya,
 cara dia usaha nak dakwah aku dengan kata2 dia. Cara dia motivate aku untuk study .

DAH..DAH...BANGUN LAH wahai anak2 Adam daripada mimpi muuu.. dah LAGHA. bye,!

"Tak susah nak berjaya, fikir positif, Maju ke hadapan "- Pendakwah Muda. :)

Monday, June 2, 2014

Exam is over, well hibernate for 2 weeks

Peperiksaan dah habis dan selamat pergi.
Habis berlalu sudah malam-malam tanpa lena bahana stay-up tak ingat dunia.
habis sudah berlalu malam-malam yang mengigau pun keluar unsur-unsur kumpulan 18 daripd jadual berkala.

Habis sudah berlalu hari2 yang melatah pun keluar  formula pengiraan teori Hukum Boyle, habis sudah hari-hari di mana telur mata kerbau pun nampak macam struktur sel manusia..
To my enderest you,
live life,
love life,
mistakes are inevitable
and it's THAT 
that makes you valuable
it's a gift from
the almighty, yes.
So, be thankful always. 
May Allah Bless. =))

Tuesday, October 15, 2013

salaam, namaste

namaste.
salam 1 Malaysia.

 apa yang buat aku gembira sangat? Pmr is over! yahooooo....

hari ni, 10 zulhijjah ( hari raya aidiladha) . di kesempatan ni  gua nak mengambil kesempatan untuk memohon maaf kat hangpa semua dari ujung rambut hingga hujung kaki.. alang2 dah abih pmr ni, memang cuti ni cuti yang paling awesome, # ceq tak sentuh buku wooo... tapi yang sedihnya , ceq pandang penuh sayu kat henfon gua.. alangkah sedihnya, senyap sunyi jaa..

sabaq la wahai hati..

Wednesday, February 13, 2013