~Dengan Nama Allah Yang Masih Pengasih Lagi Maha Penyayang~
Jika diberikanku satu peluang apa yang aku impikan, pulihkan segala kesilapan..
Sengaja saya mencari ayat ini untuk dijadikan cover photo saya..
“perlukah aku khabarkan apa yang aku alami..? dan hati kecil ini hanya Allah yang tahu..”
dan mereka ini yang hadir memberi sokongan, sedikit sebanyak membuat saya rasa yang saya tidak sendiri..
SAHABAT A
x elok pendam masalah sorg2..
sahabat2 kan ade
sahabat bukan utk berkongsi suka saje
xpela..,mungkin awk x sedia nk share
tp…,whenever u are ready..,i’ll be ready to listen..,ok
i’ll feel appreciated when u share ur probs with me.. @_______@.
SAHABAT B
ana xtahu apa masalah yg enti hadapi skrg.. n ana pun xnak paksa enti ceritakan pd ana..
but juz drop by to let u know, that u have us (me n other friends) whom u can trust and share ur probs..
SAHABAT C
mungkin kadang2 kita perlu lepaskn sume beban di hati pada org terpilih
agar Allah beri kelapangan fikiran
xsume leh disimpan
ubahlah prinsip mu yg hanya memakan diri kelak
xrugi berkongsi dgn hamba Allah yg benar
dlm hidup kita ada 2 pilihan je
awk kne pilih yg buat awk bahagia
insyaAllah bahagia yg buat kita rasa cinta pada Nya
SAHABAT D
kalau ada apa2 nak share ngan ana, enti gtau la ek.. (telah diedit mengikut kesesuaian..)
Terima kasih sahabat sekalian. Tiada kata lain mampu ana ungkapkan.. hanya ucapan maaf ana pintakan.
Maaf kerana kadangkala diri ini terlalu degil..
Maaf kerana kadangkala diri ini teguh mempertahankan prinsip yang ana sedia tahu, kelak akan memakan diri..
Maaf, kerana terlalu lemah diri ini, tak mampu bercerita.. Namun, tak mampu juga ana simpan sendirian..
Fahamilah, ana perlu masa mungkin..
Entahlah..
Apapun, terima kasih sahabat..
Ana sangat menghargai..
“Seorang sahabat yang mendoakan sahabatnya tanpa diketahui oleh sahabatnya, maka para malaikat akan mendoakan kebaikan buatnya sepertimana ia mendoakan kebaikan buat sahabatnya.”
Ramai kata ana tak matang . InsyaAllah pengalaman demi pengalaman mematangkan ana dan ana akan terus belajar daripada pengalaman tersebut . Semoga antum terus thabat dalam perjuangan, terus beristiqamah mengajak lebih ramai hati-hati yang cinta dan dekat kepada Allah s.w.t.. Bila ujian dan dugaan datang pada antum, ingatlah Allah bersama antum..antum tidak bersendirian.. dan jadikanlah ana salah satu tempat luahan masalah, ana sedia mendengar..ana bahagia dapat memberikan sesuatu untuk antum..
Hidup di Faris Petra sememangnya penuh cabaran dan dugaan .
Semoga Allah memberkati antum semua, dunia akhirat…
Uhibbukum fillah sahabat-sahabat..